Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapak.
Pemilihan pekerjaan yang sesuai adalah penting bagi kejayaan
seseorang. Seseorang itu perlu mempunyai minat dan semangat yang tinggi
dalam bidang yang diceburi. Sekiranya anda meminati apa yang dilakukan,
anda dapat pergi jauh dalam bidang itu.
Penerbitan buku ini
adalah tepat pada waktunya disebabkan perkembangan pesat industri
perhotelan terutamanya di negara kita. Perkataan hotel, restoran, chef
dan pastri menjadi sinonim
dalam masyarakat kita. Justeru itu, buku
ini dapat membantu mereka yang berminat menceburi bidang ini dan
memahami jenis-jenis pekerjaan yang sesuai bagi mereka.
Penghasilan buku ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan
pemerhatian penulis selama 15 tahun dalam bidang perhotelan dan
hospitaliti. Industri ini merupakan industri yang terbesar di dunia dan
banyak jenis bidang pekerjaan yang ditawarkan.
Buku ini
memberikan pengetahuan berkaitan kelulusan, pengalaman serta kemahiran
yang diperlukan bagi sesuatu jenis bidang pekerjaan di hotel. Anda juga
dapat mengetahui kedudukan sesuatu jawatan di dalam carta organisasi
hotel. Dengan pengetahuan ini anda dapat merancang masa hadapan anda
dengan lebih teliti.
Buku ini disusun mengikut jenis-jenis
pekerjaan di dalam bidang ini, iaitu dibahagikan kepada bahagian
pengurusan dan operasi, termasuklah di bahagian hadapan dan belakang
hotel seperti di bahagian kulinari.
Diharapkan buku ini dapat
memberikan anda pengetahuan dan panduan kerjaya di dalam bidang
perhotelan dan mengetahui aspek-aspek utama di dalam sesuatu pekerjaan.
Sangat sesuai sebagai rujukan untuk kaunselor, guru, ibu bapa dan
pelajar yang berminat menceburkan diri di dalam bidang perhotelan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
silahkan anda memberikan komentar, karna komentar anda sangat membantu,,