Halaman

Sabtu, 29 Juni 2013

Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan

Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapak.
Pemilihan pekerjaan yang sesuai adalah penting bagi kejayaan seseorang. Seseorang itu perlu mempunyai minat dan semangat yang tinggi dalam bidang yang diceburi. Sekiranya anda meminati apa yang dilakukan, anda dapat pergi jauh dalam bidang itu.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada waktunya disebabkan perkembangan pesat industri perhotelan terutamanya di negara kita. Perkataan hotel, restoran, chef dan pastri menjadi sinonim
dalam masyarakat kita. Justeru itu, buku ini dapat membantu mereka yang berminat menceburi bidang ini dan memahami jenis-jenis pekerjaan yang sesuai bagi mereka.

Penghasilan buku ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian penulis selama 15 tahun dalam bidang perhotelan dan hospitaliti. Industri ini merupakan industri yang terbesar di dunia dan banyak jenis bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Buku ini memberikan pengetahuan berkaitan kelulusan, pengalaman serta kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu jenis bidang pekerjaan di hotel. Anda juga dapat mengetahui kedudukan sesuatu jawatan di dalam carta organisasi hotel. Dengan pengetahuan ini anda dapat merancang masa hadapan anda dengan lebih teliti.

Buku ini disusun mengikut jenis-jenis pekerjaan di dalam bidang ini, iaitu dibahagikan kepada bahagian pengurusan dan operasi, termasuklah di bahagian hadapan dan belakang hotel seperti di bahagian kulinari.

Diharapkan buku ini dapat memberikan anda pengetahuan dan panduan kerjaya di dalam bidang perhotelan dan mengetahui aspek-aspek utama di dalam sesuatu pekerjaan. Sangat sesuai sebagai rujukan untuk kaunselor, guru, ibu bapa dan pelajar yang berminat menceburkan diri di dalam bidang perhotelan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

silahkan anda memberikan komentar, karna komentar anda sangat membantu,,